Seram! Wanita Berbaju Serba Merah Dekat Kuburan Cina Kisah ini berlaku ke atas rakanku, Yongfu seorang wanita cina. Yongfu berkerja di salah sebuah kelab malam di Malaysia dan sering pulang dinihari. Biasanya, semasa pulang dari kerja, beliau menumpang sebuah van yang dipandu oleh rakannya. Mereka sering melalui sebatang jalan yang berdekatan dengan perkuburan cina.
Pada suatu dinihari, seperti biasa, ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, perbualan rancak mereka tiba-tiba terhenti apabila rakannya terpandang sesusuk tubuh yang begitu mempesonakan. Wajah wanita yang dilihatnya itu bukan sahaja begitu cantik dan memikat, malah sedang melambai lambai sapu tangan ke arah van mereka. Rakannya berasa kasihan melihat wanita cantik berjalan sendirian ditempat sunyi itu. Benaknya terlintas untuk menumpangkannya. Bagaimanapun Yongfu menegahnya kerana berasa curiga. Kenapa wanita secantik itu berjalan sendirian sewaktu dinihari begitu, dekat kawasan perkuburan pulak, Yongfu bertanya di dalam hati.
Penampilan wanita cantik itu juga menggerunkan kerana dia memakai ceongsam berwarna merah. Kasut dan sapu tangannya juga berwarna merah. Mengikut kepercayaan orang orang cina, sesiapa yang mati dengan berpakaian serba merah, rohnya kelak akan membalas dendam. Van yang sedang menuju ke arah wanita itu terus meluncur dengan laju. Hasrat untuk menumpangkannya dibatalkan apabila menyedari yang mereka sedang melalui sebuah perkuburan cina. Peluh sejuk mulai menyimbah ke tubuh masing-masing. Perasaan takut dan takut menyelubungi diri mereka. Tingkap van ditutup rapat-rapat.
Sedang rakannya memecut vannya, tiba-tiba wanita cantik itu sudah berada di tengah jalan yang mereka lalui. Dengan nekad mereka menutup mata dan terus melanggar lembaga yang menghalang mereka itu. Terdengar bunyi dentuman yang begitu kuat dan apabila mereka membuka mata, mereka dapati lembaga berkenaan sudah pun hilang. Lega rasa hati mereka, tetapi kelegaan mereka hanya sementara. Yongfu terlihat wajah wanita tersebut di cermin kiri van itu. Dia sedang berpaut pada pintu van dengan rambutnya mengerbang, sambil menggilai. Menakutkan.
Van yang sedang dipandu sudah tidak mengenal arah dan tujuan. Wanita itu terus berpaut dan mencakar-cakar tingkap kaca yang tertutup itu. Kedua-duanya begitu gugup dan tidak tahu apa yang harus mereka lakukan. Akhirnya rakan beliau cekalkan hati dan menuju ke arah sebuah stesen minyak Petronas yang dilihat tidak jauh dari situ. Tiba saja di tempat yang terang, wanita tersebut hilang dengan serta merta dan meninggalkan bau yang sangat harum. Mulai hari itu Yongfu tidak lagi pulang lewat dari berkerja malam dan tidak lagi melalui jalan itu.
Hantu Cina
Posted by
Momod ads.id
at
20.47
Tags :
#Cerita Hantu
#Cerita Misteri
Related : Hantu Cina
- Kisah Misteri - Terjebak Di Dunia Lain Ketika Bekerja Di Hutan - Bagaimana bisa seorang yang menyetubuhi jin lalu memiliki keturunan? Kisah berikut merupakan kesaksian dari salah seorang yang pernah bekerja di sebuah perusahaa ...
- MONA FENDI PEMBUNUH DALAM LIPATAN SEJARAH Ambiklah Tahu (VERSI SERAM) : MONA FENDI PEMBUNUH DALAM LIPATAN SEJARAH Assalamualaikum semua, semoga semua dirahmati Allah s.wt, hari segmen ...
- Foto Jenglot Batara Karang dan 5 Lokasi PenemuannyaJenglot adalah sosok mahluk berwujud manusia dengan ciri khas berupa rambut, gigi, dan kuku yang panjang seperti diilustrasikan dalam foto jenglot di bawah. Mahluk menge ...
- Kisah Seram - Kena BuatanAku nak share dengan korang cerita semasa aku bekerja dekat salah satu syarikat telekomunikasi..kejadian ni berlaku selepas setahun aku berkhidmat..call center aku ram ...
- Puntianak di Bulgaria Kemunculan puntianak di Bulgaria JIKA anda menganggap puntianak hanya mitos atau kisah seram dalam filem, fikirkanlah semula. Ahli arkeologi Bulgaria ...
Next
« Prev Post
« Prev Post
Previous
Next Post »
Next Post »