Aku nak share dengan korang cerita semasa aku bekerja dekat salah satu syarikat telekomunikasi..kejadian ni berlaku selepas setahun aku berkhidmat..call center aku ramai lelaki..kalo perempuan pon..hampir sumenye da kawen..jadi yang available masa tu bape orang je..termasuk laa aku..hihi
nak dijadikan cerita april tahun 2011, aku jatuh sakit..well masa tu aku sakit lugwig agina. admit masuk ICU..lama jugak la..12hari di ICU dan hampir 3minggu di wad biasa..masa aku sakit ramai la yang datang melawat..kat tempat keje aku rapat dengan geng2 aku je..hampir sumenye lelaki..hihi..yang aku paling ngam sekali dengan adam..
geng aku ni kaki karok..pantang dapat gaji..mesti g karok..so,satu hari tu..si haikal nak join..haikal ni same syif ngan kita orang cuma dia ni bahagian lain..aku tak kesah laa..lagi ramai lagi jimat nak tong2 kan...masa tu la,haikal ni selalu gak kuar dengan geng aku..kalo lepak smoke..mesti dia ada..
masa aku sakit..adam,haikal dan yang lain2 ada datang melawat..aku kuar je hospital..aku dapat mc 2 weeks.bosan gile duduk umah..mana tak nye..hampir sebulan dalam hospital..and the next day..aku dtg tempat keje aku..melepak..haikal ajak aku kuar makan..aku tak nak laa berdua dengan dia je..aku pon ajak laa adam n amy..lepas kite orang lunch..aku pon balik umah..sebab tak sedap badan..
terjadi laa kisah aku merana sebab sakit..mc aku pon tak sempat abes..aku kena masuk wad semula..nak ambulan..sebab masa tu family aku cakap aku dah tak sedar diri..meracau..orang cakap apa pon aku dah tak kesah..masa kat wad..kaki tangan aku diikat kat katil..masa tu memang aku tak ingat apa..mak aku ckp die pon seram tgk mata aku..pandang orang mcm nak telan..
4hari lepas tu baru aku sedar..doctor ckp kat family aku..aku kena jangkitan kuman di paru2 dan otak..kalo lambat cikit..aku maybe lost memory..tapi bila aku sedar je..aku tak leh bercakap..suara kuar tapi sepatah haram pon orang tak faham aku cakap..kaki dan tangan aku lemah..nak jalan..nak suap makan..nak taip sms..sume tak bole..
sakit nya aku masa tu hanya ALLAh je yang tahu..setiap malam ayah aku teman kan aku di hospital sebab aku akan meracau dalam keadaan tak sedarkan diri..siang pulak mak aku jaga..aku menangis sakit..dengan tak boleh bercakap..dengan tangan kaki tak bole bergerak..masa ni memang aku tak larat..sakit kat ICU pon tak macam ni sakitnye..
dan ada satu malam tu..aku mimpi..ada orang macam bomoh pakai pakaian jawa..datang dalam mimpi aku..dia paksa aku kawen dengan anak dia..aku mesti la tak nak..mimpi tu berturut2..last sekali aku mimpi orang tu..dia cakap..kalo tak da sapa selamatkan ko..ko milik aku..!
takut..tapi masa tu aku tak pikir apa..mungkin mainan tido je..bila family uncle aku datang..aku cube sampai kan pada pakcik aku..dalam payah aku tak bercakap..dalam keadaan aku yang tak mampu nak tulis..akhirnya..uncle aku paham..dia risau gak..dia cakap napa tak cakap dgn mak ayah..aku diam je..nak cakap dgn pakcik aku pon amek masa setengah jam..ni kan pulak nak cerita dua tiga kali..
lepas aku keluar je dari wad..aku masih lagi tak mampu nak berjalan..apatah lagi nak bercakap..makan pon nenek aku yang suapkan..aku hanya fikir mungkin kesan operation nak fikir selain dari itu..tak pernah terlintas pulak..sampai la uncle aku tergerak hati nak bawa aku berubat tradisional..uncle aku cakap cube tengok badan aku..kot2 ada kesan lebam..tapi tak ada..
aku tido malam..masih lagi meracau..uncle aku tak sampai hati tengok keadaan aku yang macam tak tentu arah..dia bawa aku berubat..bertemankan kawan uncle dan nenek aku..dalam perjalanan aku ke tempat berubat tu..kawan uncle call pakcik yang berubat ni tapi yg ni bukan pakcik yang aku nak pergi berubat..
dia mintak nama penuh aku siap sekali dengan nama bapak aku..n then dia cakap aku kena buatan orang..da teruk..cepat bawa g berubat..dia tanya aku ada mimpi ular tak? (masa ni perbualan through phoe) uncle aku yang tolong jawabkan..dia cakap tak ada..pakcik tu cakap bawak la g berubat..dalam telefon ni susah sikit..
perjalanan aku rasa macam lama je..tak senang duduk pon ada..separuh hati aku tak nak g berubat..separuh hati aku cakap..g la berubat..kuar je dari kereta uncle..aku po masuk umah wak..(orang jawa).. dengan di pimpin oleh nenek dan uncle..aku jalan perlahan2..ramai gak menunggu giliran..wak tu pandang aku..dia duduk sebelah.. "kenapa ni?" aku cuba bersuara.."sakit.." tu je perkataan yang mampu aku cakap..nenek aku pon cerita la kat wak tu..
wak tu cakap "mintak izin ye..saya nak pegang cucu nye" nenek aku mengangguk..dia sapu minyak kelapa di tangan dia n then dia pegang tengkuk aku..kemudian die lepaskan..
wak tu menggeleng..hm.."kalo suka cakap suka..kenapa di buat begini?" aku diam la masa wak tu cakap..wak tu cakap lagi.. "ko tunggu ye..wak ubat kan orang lain dulu..inshaallah..wak tolong ko.."
masa aku masuk bilik wak tu..berteman kan uncle,kawan uncle dan nenek aku..wak tu cuba ubatkan aku..cara rawatan dia hanya menggunakan minyak kelapa..dia sapu je kat tengkuk aku..kuar laa pasir halus dan miang rebung..dari tengkuk dan pinggang aku..nenek dan uncle jadi saksi..wak tu cakap "inshaallah ko ok..balik ni mandi dengan limau 9biji..3biji sekali mandi..yang terlakup limau nye ko gune..yang terngadah ko buang.."
aku mengganguk paham..nenek aku tanya..sapa buat dia wak? wak tu pandang aku "ko kenal orang tu.." nenek aku tanya lagi..sapa?? wak tu cakap"aku tak nak sebut nama..cucu ko kenal sape orang tu..kawan keje dia..." aku terdiam..sapa yang dengki dengan aku?! tapi masa tu aku hanya pikir..semoga aku cepat sihat je..orang nak buat aku ke tak ke..terpulang la..uncle aku pulak yang tanya "laki ke pompuan..?" "laki!" jawab wak tu..
dalam perjalanan pulang ke rumah..kawan uncle tu cakap kat dia..budak laki yang buat aku ni ada hati kat aku..tapi mungkin aku tak layan dia sangat kot..tapi dak laki ni dah kawen..aku terdiam..kawen?? budak laki kat opis aku tu bape kerat je da kawen..
selang seminggu lepas aku berubat..aku kena pergi lagi malam tu..masa tu kaki dan tangan aku dah kuat cikit..cuma cakap je xok sangat..siang tu haikal call aku..tanya aku dah sihat ke..bila nak masuk keje..aku borak biasa je..n malam tu bila aku nak g berubat..
aku sampai je umah wak tu..wak tu cepat2 datang kat aku.."sapa call ko?" "ada sapa call ko??" aku angguk..aku cakap laa haikal..sebab masa tu haikal je kawan opis aku yang call aku sebelum aku g berubat..wak tu cakap..dia cuba nak hantar balik..tapi tak pe..wak da pakaikan ko pelindung..
jadi..dalam kepala otak aku..aku hanya syak haikal..lagipon haikal ni da kawen..dan sebelum aku tak sedap badan dulu..aku hanya keluar makan dengan haikal,adam dan amy tapi aku diamkan saja..tak baik pikir buruk pasal orang..family aku tanya aku reject haikal ke..aku cakap tak da la..masa bekerja..aku hanya pikir keje..tak da masa nak bercinta2...
selepas 2bulan berubat..aku kembali seperti sedia kala...alhamdulillah..
Sumber
Kisah Seram - Kena Buatan
Posted by
Momod ads.id
at
22.27
Tags :
#Cerita Hantu
#Cerita Melayu
Related : Kisah Seram - Kena Buatan
- MONA FENDI PEMBUNUH DALAM LIPATAN SEJARAH Ambiklah Tahu (VERSI SERAM) : MONA FENDI PEMBUNUH DALAM LIPATAN SEJARAH Assalamualaikum semua, semoga semua dirahmati Allah s.wt, hari segmen ...
- Kisah Misteri - Terjebak Di Dunia Lain Ketika Bekerja Di Hutan - Bagaimana bisa seorang yang menyetubuhi jin lalu memiliki keturunan? Kisah berikut merupakan kesaksian dari salah seorang yang pernah bekerja di sebuah perusahaa ...
- Hidup Serumah Bersama Hantu Hidup Serumah Bersama Hantu (Oleh : AJ Prayitno) Cerita ini dimulai semenjak kepindahanku bersama ibu dan dua kakak perempuanku, karena ayahku sudah tiada 10 tahun y ...
- KISAH SERAM SAKA BERSAMA MAYAT BERHANTU DARI LAUT HATI saya mula rungsing. Mayat yang sedang saya mandikan menyebabkan bulu roma saya tegak, seram, seluruh badan berasa hangat serta tidak tenteram. Bukanlah keadaan ...
- Puntianak di Bulgaria Kemunculan puntianak di Bulgaria JIKA anda menganggap puntianak hanya mitos atau kisah seram dalam filem, fikirkanlah semula. Ahli arkeologi Bulgaria ...
Next
« Prev Post
« Prev Post
Previous
Next Post »
Next Post »